Khamis, 11 Ogos 2011

Bank Neg Malaysia Guna Khidmat Syarikat Konsultan Israel?


Kini, timbul pula isu BNM menggunakan khidmat syarikat konsultan Israel, iaitu HayGroup. Pautan maklumat tentang syarikat ini ada disertakan dalam artikel yang saya salin dan tampal di bawah ini. Anda klik sama ada mahu merujuk terus ke laman sesawang syarikat itu atau Wikipedia.

Artikel tersebut merupakan aduan seorang yang mendakwa sebagai kakitangan BNM. Dalam aduannya, dia mengadu bahawa syarikat konsultan ini seolah-olah mengawal pengurusan sumber manusia di BNM. Dakwanya, berlaku pelbagai diskriminasi, penindasan yang melibatkan kenaikan gaji dan pangkat.
Baiklah, orang boleh mempertikaikan dakwaan itu. Mungkin ada yang mendakwa pengadu ini mungkin tidak berpuas hati atau sengaja memburuk-burukkan BNM kerana masalah peribadi. Namun, jika benar dakwaannya, maka sudah tentu kita bersimpati dengan nasibnya.

Poinnya, BNM telah mengupah syarikat Yahudi. Pengadu juga mendakwa syarikat tersebut menerima bayaran yang agak tinggi. Jika benar, maka besar sungguh peranan syarikat Yahudi dalam kerajaan Najib. Kerajaan Malaysia (Najib) mengupah APCO, sistem pengkomputeran PDRM menggunakan khidmat syarikat yang dikaitkan dengan Israel (lawak, DSAI telah membangkitkan isu sejak dahulu lagi- tiba-tiba jurublog UMCO mendakwa membuat pendedahan tentang hal itu.)

Siang malam, mulut penyokong UMCO membidas Yahudi, menyokong Palestin, menghantar bantuan ke Palestin, namun dalam masa yang sama, kerajaan membayar puluhan juta kepada syarikat Yahudi atas kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh anak tempatan. Sudahlah merendah-rendahkan kemampuan syarikat tempatan, syarikat Yahudi pula dibela dan dikayakan.

Saya petik:

[AduanRakyat] Salam sejahtera,

Kami kakitangan Bank Negara (BNM) ingin membuat aduan bahawasanya pihak pengurusan BNM telah menggunakan perkhidmatan penasihat syarikat USA yang menggunakan kepakaran Israel dalam bidang pengurusan-pengurusan sumber manusia.
Kami percaya khidmat syarikat yahudi Israel tersebut, iaitu Hay Group telah digunakan secara muslihat tanpa pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd Razak.

Syarikat Hay Group telah memecah-belahkan kakitangan BNM dengan mewujudkan kasta atau martabat manusia dengan menamakan sistem pekerja sebagai ‘strategik’ dan ‘operation’. Seterusnya mereka telah memberi imbuhan gaji yang terlampau tinggi terhadap golongan yang mereka namakan strategik tanpa justifikasi yang munasabah. Sedangkan perkara ini tidak dilakukan dalam jabatan-jabatan kerajaan lain (juga badan-badan berkanun lain).

Lebih teruk dari itu, kami percaya bayaran imbuhan yang dibayar kepada Hay Group adalah sangat tinggi sehinggakan pihak Jabatan Audit Dalam pernah menimbulkan kes ini. Malangnya bagaikan ada suatu ‘tangan ghaib’ yang telah menutup kes ini untuk disembunyikan.

Hay Group telah meletakkan seorang stafnya sebagai pengarah di BNM untuk terus melakukan huru-hara. Penganiayaan demi penganiayaan dibuat kepada kakitangan BNM.-By: G

Seorang pengunjung di Aduan Rakyat memberikan komen (respons) dengan menganggap bahawa pengadu, iaitu G hanya membuat keluahan peribadi bukannya mewakili pandangan majoriti kakitangan di BNM. Hal ini demikian kerana pemberi komen yang mengunakan nama samaran PKA mendakwa bahawa dia juga tidak mendapat imbuhan seperti dinyatakan oleh pengadu. Namun, PKA yang mendakwa kakitangan BNM itu TIDAK menafikan peranan Hay Group di BNM.

Sumber: Duniacacamarba

Tiada ulasan: