Khamis, 7 Mei 2009

DUN PERAK 245PM

Dato' SUK cuba campur tangan dalam sidang DUN, beliau cuba menghalau Speaker dari tempat duduknya sebaliknya beliau pula yang kena halau oleh ADUN-ADUN PR. Pembesar suara di sebelah Speaker Siva terus tidak berfungsi, sebaliknya di sebelah BN terus berfungsi. Pelik sungguh !

Ganesan dihalang oleh ADUN PR diiringi dengan laungan bubar Dun. ADUN PR suruh dia keluar sebab dia bukan ADUN.

Dewan masih terus kecoh. jeritan BUBAR DUN terus kedengaran. YB AIR KEROH MELAKA telah ditahan diluar sebentar tadi. Diluar tetap tenang, cuma dalam dewan haru biru, ADUN PR sekat speaker baru bercakap , polis campur tangan , ADUN PR minta Polis keluar . Ramai masih tak masuk , polis nak ambik Siva, ADUN PR mula buat bulatan untuk halang Siva dibawa keluar.

ADUN PR pula cuba tarik keluar Speaker Baru. Acara tarik menarik la pulak dalam dewan..Adehh!!! Adun PR cuba menarik keluar Speaker Baru dari kerusi, Adun BN pula membantu Speaker baru pertahan kerusi. Berlakulah tarik menarik. Tak ada kesudahannya. Sehingga sekarang belum ada lagi baling kerusi dan baling buku Perintah Tetap. Harap tidak sampai ke situ. (source: setpol MB)

Tiada ulasan: