Jumaat, 8 Mei 2009

saat demokrasi dirogol dengan rakus oleh BN



7MEI-"POLIS HERET SPEAKER, DETIK HITAM TERBARU DALAM SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN"-AZIZ BARIPensyarah Fakulti Undang-undnag UIAM, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku di DUN Perak sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

Di negara-negara lain kekecohan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah perkara biasa di antara wakil-wakil rakyat. Mereka bertumbuk, bergasak dan tolak menolak sesama sendiri apabila isu yang diperdebatkan semakin hangat.

Yang tidak biasanya hanya berlaku di negara Satu Malaysia di mana wakil rakyat (Barisan Nasional) boleh membawa masuk anggota polis (SB) untuk membelasah wakil-wakil rakyat pihak lawan dan mengheret Speaker. Semua ini dilakukan atas landasan "demokrasi" yang diagung-agungkan BN. Lihat, banding dan fikir-fikirlah sebagai rakyat Malaysia yang bebas dan bermaruah.

Tiada ulasan: