Khamis, 7 Mei 2009

DUN PERAK




Situasi Sidang DUN Perak


YB. Dato’ Haji Husam Bin Musa, Naib Presiden PAS kini berada di luar kawasan Dewan memantau suasana yang berlaku disana. Dato’ Haji Husam sempat menghantar dua photo kepada penggendali webnya yang menunjukkan keadaan diluar Dewan kosong sepanjang berlakunya upacara perbarisan.

Manakala menurut Dato’ Husam, keadaan diluar kawasan SUK tegang bila pihak berkuasa menangkap sesiapa sahaja yang berbaju hitam.

Dalam temubual telefon, Dato Haji Husam berkata, setelah tamat perbarisan, YTM Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak berkenan berangkat masuk ke dalam Dewan. Menurut Dato’ Haji Husam, pintu masuk ke dalam dewan dikawal ketat dan sukar mendapat maklumat apa yang berlaku di dalam.

Sehingga kini sudah lebih 20 orang ditahan didalam operasi yang bermula 2 hari lepas. Kebanyakkan yang ditahan adalah dibawah Akta Hasutan, termasuk Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

Menurut sumber dari The Star news alert, Speaker YB Sivakumar telah berkeras untuk tidak memulakan sidang Dewan sehingga YB Zambry dan ahli exconya yang digantung dari menyertai sidang Dewan meninggalkan dewan tersebut.

YB Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS juga telah ditahan Polis bersama YB Mujahid Yusof Rawa.

ADUN Wanita dari BN kini memaksa pihak polis menahan Sivakumar dan mengheretnya keluar dari Dewan.

Pada 10.47 pagi speaker telah meninggalkan Dewan untuk mengiringi Raja Muda Perak keluar dari Dewan. Kini Speaker dihalang oleh pihak berkuasa dari memasuki Dewan.

YB Hee ambil alih prosiding dan umum pengantungan YB Sivakumar dan lantik Ganesan sebagai speaker baru.

YB Husam memberitahu Raja Nazrin tidak sempat berucap kerana YB Zambry tergesa-gesa mahu mengusulkan pemecatan speaker. bekas Speaker Sivakumar menolak kerana mendesak aturan Dewan dipatuhi. iaitu bermula dengan bacaan doa.

Dalam kekecohan kerana YB-YB BN yang diketuai Zambry tidak menghormati prosiding Dewan, Raja Nazrin telah meninggalkan Dewan dan ini memberi peluang kepada YB Hee iaitu bekas ADUN DAP yang berpaling tadah untuk perangkap Sivakumar.

YB Ganesan telah mengangkat sumpah tetapi Sivakumar masih di kerusi Speaker. Keadaan di dalam Dewan ini sungguh dikesali. Sivakumar belum dipecat mengikut peraturan Dewan yang sah. YB-YB BN di balah telunjuk YB Zambry langsung tiada rasa hormat kepada peraturan Dewan.

11.07 am Pintu masuk ke dalam Dewan Negeri Perak kini dikunci rapi.

11.17 am Sidang Dewan berhenti rehat selama 1 jam. Pengumuman rehat diumumkan oleh YB Ganesan yang masih duduk dibelakang YB Zambry. Sivakumar masih duduk di tempat Speaker.

YB Siva masih tidak meninggalkan kerusi speaker begitu juga ahli-ahli YB Pakatan Rakyat dan Timbalan Speaker YB hee yang berpaling tadah dari DAP. Sebahagian ahli YB dari BN juga masih kekal didalam Dewan. Anilnetto.com melapurkan keadaan ini seperti satu permainan 'musical chair' yang selalu diadakan di majlis hari jadi kanak-kanak-HUSAMUSA.COM

Tiada ulasan: