Sabtu, 23 Mei 2009

Temubual Eksklusif Dato Seri Nizar - Keputusan Mahkamah Rayuan 22/05/2009



Kekalahan di Mahkamah Rayuan tidak bermakna kekalahan di Mahkamah Rakyat. Seluruh Malaysia sudah mengenali seorang tokoh baru dalam perjuangan keadilan yang tulen. DS Nizar telah menjadi seorang wira dalam hati rakyat Malaysia. Beliau diterima oleh semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama.

Perjuangannya ikhlas tanpa sebarang niat jahat membuktikan beliau seorang yang alim yang disukai ramai. Jelas apabila beliau diumumkan sebagai Menteri Besar yang sah oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2209, beliau terus mengumumkan bahawa tindakan selanjutnya ialah untuk membubarkan DUN Perak. Kembalikan kuasa kepada rakyat. Sikap yang jujur ini telah membawa beliau ke tahap kemuncak dalam arena politik tanahair.

Semua ahli-ahli PAS, DAP dan PKR akan tetap menyokong dan berdiri di belakang DS Nizar walaupun keputusan mahkamah tidak berpihak kepada beliau. Beliau mempunyai semangat jati dalam mengembalikan demokrasi di negara kita. Perjuangan DS Nizar tidak terhenti lagi kerana beliau akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Dijangka rayuan akan dibuat pada 25 Mei 2009.

Tiada ulasan: